KEK PISANG MUDAH DAN SEDAP.



Hai, semua! 
Hari ni masuk dapur nampak pisang dah masak. Pada mulanya hanya nak buat cekodok pisang. Tapi, bila dah kopek tu...kopek semua sebab takut bila tak kopek habis nanti yang lain terbuang. Jadi, lepas lenyek semua...macam banyak sangat pula nak buat cekodok pisang sahaja. Tengok telur dan tepung pun ada. Buat keklah! Hahaa...
Ok. Capai hp...Google sebentar tengok resepi yang mudah-mudah. Jadi, lepas tengok beberapa resepi yang berlainan. Mar pun macam biasa, olah resepi sendiri...Hihiii...Alhamdulillah. Jadi! Lembut! Sedap! Yang penting MUDAH !!! Tak perlu mixer! Kacau-kacau je...😉

Dah. Jom buat!!!





Resepi Mudah
"Kek Pisang Lembut"

Bahan A
2 Biji Telur Grade A
3/4 Cawan Gula Perang
1 Sudu Ovalet
9 Sudu Pisang yang dah dilecek/lenyek/penyek...hihi
1 Cawan Marjerin/ Minyak

Bahan B (Ayak)
1 + 3/4 Cawan Tepung Gandum
1 Sudu Baking Powder
1 Sudu  Soda Bikarbonat

Hiasan = Coklat Cip

Cara-cara.
Marjerin + gula + telur = kacau sebati
+ ovalate = sebati
+ pisang = sebati
+ masukkan bahan B sikt - sikit.

Alas loyang 8 dengan baking paper. Masukkan adunan.
Tabur hiasan suka hati. Hehe...
Bakar. 160'-180' ikut suhu oven masing-masing. Bakar 40-45minit. 

Selamat mencuba! 😘




Comments

Popular posts from this blog

[MADU FOREVER LIVING]

8 Langkah Penjagaan Bayi Baru Lahir, Anda wajib tahu !