5 CARA MERAWAT MASALAH KEMBUNG PERUT BAYI
Kembung Perut merupakan masalah biasa para bayi. Difahamkan 1-5 daripada 10 orang bayi pernah mengalami masalah kembung perut. Biasanya mereka menangis terlalu lama tanpa sebab yang jelas.
Sebab-sebab perut kembung:-
1) Saiz lubang puting botol yang terlalu kecil, banyak udara ditelan dan menyebabkan perut kembung.
2) Bayi tidak disendawakan ( burp the baby ) selepas menyusu.
3) Bayi menangis terlalu banyak, menyebabkan lebih udara masuk dan kembung perut
4) Penghadaman susu yang kurang sesuai, menghasilkan banyak gas
Masalah serius yang perlu dipertimbangkan
Namun, apabila berhadapan dengan bayi yang kembung perut, kita perlu memastikan ia bukan kerana disebabkan oleh masalah yang serius.
Walaupun abdomen(perut) bayi kelihatan kembung, ia sepatutnya lembut. Sekiranya rasa sangat kembung dan keras, ini kemungkinan besar menunjukkan masalah usus.
Pemeriksaan doktor yang teliti adalah penting untuk mengesan masalah-masalah perut mengeras, contohnya Usus tersumbat, Usus tidak dapat berfungsi dengan baik, Alahan susu, masalah organ lain hati dan limpa membengkak
Cara-cara yang membantu merawat masalah Kembung Perut.
1) Mendukung bayi anda semasa menangis, ataupun membedungkan dia dan diletakkan di dalam kot bayi, dalam suasana bilik yang sunyi dan gelap. Jangan keterlaluan merangsangkan bayi semasa menangis (overstimulate)
2) Ubatan seperti ‘simeticone drops’ dicampurkan dalam susu – menolong untuk membebaskan gas yang terhasil semasa penghadaman susu
3) Sapu minyak 'Herbal Oil Najlaa’. Minyak telon bayi Semulajadi yang diadun daripada Herba perubatan dan essential oils. Sapu dan Urut ringan pada bahagian belakang, perut dan betis. Teknik urutan ‘infant massaging’ boleh membantu bayi relaks dan kembali selesa.
4) Cuba tukar formula susu sekiranya disyaki ada alahan susu
5) Senaman kayuh basikal juga membantu mengatasi kembung perut. Lakukan secara perlahan lahan
AWARE! Jangan sesekali mengoncang bayi anda ketika dia menangis. Buruk akibatnya.
Klik link 👇
📱 https://goo.gl/bjKARQ
#tipkembungperut
#herbaloilnajlaa
Comments
Post a Comment